Memo Pindaan Pelaksanaan Sesi Praktikum

9 April 2020 UNISEL/FPSS/MEMO/2020(01)

PINDAAN KAEDAH PELAKSANAAN SESI PRAKTIKUM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagaimana yang saudara/saudari sedia maklum, pihak pengurusan Universiti Selangor menerusi Pekeliling Pendaftar Bil. 05/2020 bertarikh 30 Mac 2020 telah menggariskan beberapa tarikh baharu bagi Semester April 2020 selaras dengan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran wabak Covid-19.

3. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti juga telah membuat pindaan pada kaedah pelaksanaan sesi praktikum bagi Semester November 2019, Semester April 2020 dan Semester Pendek Ogos 2020 supaya pelajar dapat menjalani kursus praktikum dengan baik.

4. Kaedah pelaksanaan akan dipecahkan mengikut kategori pelajar seperti yang berikut:

i)  Kategori I : Pelajar yang telah mendaftar kursus Latihan Praktikum pada Semester November 2019

ii)  Kategori II : Pelajar semester akhir yang hanya perlu menjalani latihan praktikum bagi mencukupkan jam kredit bergraduat

iii)  Kategori III : Pelajar tahun akhir yang masih perlu mengambil kursus lain selepas menjalani latihan praktikum bagi mencukupkan jam kredit bergraduat

5. Pelajar-pelajar dinasihatkan untuk mendaftar diri dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pihak fakulti akan memberikan maklumat kepada pelajar dari semasa ke semasa berdasarkan arahan pihak pengurusan Universiti.

Sekian, terima kasih.