KOLOKIUM PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL KALI KE – 4 (KOPSAS 4.0)

Kolokium Sains Sosial (KOPSAS 4.0) dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial adalah acara yang bertujuan untuk memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah. 

Kolokium ini berhasrat menyediakan platform kepada mahasiswa untuk menyebarkan pengetahuan dan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai bidang pengkhususan, seperti pengajian Islam, pendidikan, psikologi dan tingkah laku sosial, serta pembelajaran bahasa.

Di samping itu, keyakinan diri, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar akan berkembang seiring dengan penglibatan mereka dalam kolokium ini. Wacana dan perbincangan antara disiplin diharap dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan menggalakkan pendidikan holistik.

BUKU PROGRAM KOPSAS 4.0

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *