SSIPR : HADIAH PENGAJIAN IPT (HPIPT)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera!

Makluman Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) akan dibuka semula pada 3 Ogos 2020 – 4 September 2020.

SYARAT KELAYAKAN

1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.

3. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.

4. Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

5. Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.

6. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.

8. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Permohonan secara dalam talian :https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/