Apakah Pengajian Islam?

Umum mengetahui bahawa pendidikan Islam di Malaysia telah melalui tempoh masa yang panjang sejak kedatangan agama Islam ke rantau Melayu sehinggalah ke hari ini. Pendidikan Islam telah melalui pelbagai zaman dan mengalami pelbagai bentuk perkembangan yang melibatkan institusi-institusi pendidikan Islam.

Terdapat pelbagai bentuk pengajian Islam di Malaysia, namun dalam bahagian ini, perbahasan akan ditumpukan kepada beberapa jenis institusi sahaja seperti pondok, sekolah, Kolej Islam Malaya, kolej universiti dan universiti. Hal ini perlu dijelaskan memandangkan di sinilah lahirnya para pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke tempat yang lebih tinggi mahupun graduan yang akan memasuki alam pekerjaan. Di sini juga akan dapat dilihat latar belakang institusi tersebut, para tenaga akademik yang terlibat, kurikulum yang digunakan dan lain-lain aspek yang berkaitan.

Di utara Semenanjung Malaysia, pondok mempunyai dua maksud. Pertama, pondok bererti rumah kecil yang bersifat sementara, kedua ia bererti sebuah institusi pembelajaran Islam yang berbentuk tradisional dan ortodoks. Di Malaysia dan selatan Thailand, pondok bererti institusi pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama. Di Jawa, pondok disebut Pesantren dan dalam bahasa Jawa, pondok bermakna Madrasah. Manakala di Aceh, Sumatera, pondok disebut Dayah. Hakikatnya, dapat dibuat rumusan bahawa pondok ialah rumah kecil yang dibina bertujuan untuk tempat tinggal yang berkait dengan pengajian agama Islam dan terletak berhampiran surau atau masjid.

Institusi pondok, sekolah, Kolej Islam Malaya, Kolej dan Kolej Universiti dan universiti telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Pengajian Islam di Malaysia. Institusi tersebut telah melahirkan ramai pelajar dan graduan dalam bidang Pengajian Islam. Kepentingan Pengajian Islam dalam konteks pembangunan masyarakat dan negara pada masa kini, memerlukan kajian mengenai hala tuju Pengajian Islam di Malaysia. Kepelbagaian dan kerencaman institusi-institusi ini dalam operasi serta pendekatan pelaksanaannya tidak harus dijadikan alasan mengapa hala tujunya tidak boleh disatukan dan kenapa arahnya tidak boleh disasarkan kepada matlamat yang lebih dinamik dan berdaya saing. Pada abad ke-21 yang dipenuhi dengan cabaran globlisasi ini seharusnya dijadikan titik-tolak untuk melihat sejauh mana Pengajian Islam yang lepas telah berjaya menangani cabaran semasa dan memenuhi hasrat serta aspirasi negara. Kini, tibalah masanya untuk mengetengahkan hala tuju Pengajian Islam, khususnya di peringkat universiti yang lebih selari dengan kehendak dan tuntutan semasa yang lebih mencabar dan sesuai dengan kehendak negara.

Pengurusan

Ustazah Hafizah binti Khusni

Ketua Jabatan Pengajian Islam

Ustazah Rabi'atul Aribah binti Mohamad Isa @ Oma

Penyelaras Program bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep) (Pengajian Islam)

Aisah binti Mat Dan

Penyelaras Program bagi Diploma Pendidikan (Pengajian Islam)

Number of Programmes

Total of 2 programmmes inside this department.

Academicians

Total of 8 academicians inside this department.

The Student's Club Association

Kelab Mahasiswa Pengajian Islam (KMPI) dan Persatuan Pelajar Pengajian Islam (PIPI)