25
SEP
2016

ProMap 2016 – Pengalaman, Perkongsian Ilmu dan Mendekatkan Mahasiswa dengan Masyarakat

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam Program Mahasiswa Prihatin (ProMap) pada 16 September 2016 sehingga 18 September 2016. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di SK Batu 14, Tapah, Perak. Seramai 42 peserta dan seorang pegawai pengiring telah terlibat dalam program ini. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membaik pulih serta menceriakan kawasan persekolahan itu.

Semua peserta bertolak pada pukul 9.30 pagi menaiki bas dan tiba pada pukul 12.00 tengahari. Setelah tiba mereka disambut oleh Encik Azman, wakil sekolah merangkap guru bagi SK Batu 14, Tapah, Perak. Program diteruskan dengan taklimat ringkas dari pegawai pengiring  kepada peserta sebelum memulakan aktiviti. Tepat jam 2 petang, program diteruskan dengan sesi pengagihan peralatan kepada setiap kumpulan. Terdapat 5 kumpulan yang akan menjalankan aktiviti membaik pulih seperti yang telah ditetapkan.  Aktiviti membaik pulih berjalan dengan lancar, semua peserta berhenti rehat untuk makan dan solat, setelah selesai berehat, aktiviti diteruskan sehingga pukul 12.00 malam.

Pada hari kedua, selepas selesai solat subuh, peserta diberikan waktu untuk bersiap sedia dan berkumpul pada pukul 8.00 pagi. Selesai sarapan, semua peserta menyambung kerja yang tertangguh sehingga siap. Walaupun pada hari kedua, 3 ‘checkpoint’ telah berjaya diselesaikan oleh semua peserta yang terlibat dengan jayanya. Pada pukul 7 malam, peserta berhenti untuk berehat dan solat maghrib dan isyak. Bagi menghilangkan rasa penat, peserta mengadakan jamuan makan secara kecil kecilan dan bermain permainan. Pada hari ketiga, peserta-peserta yang ditugaskan untuk menyiapkan mural, menyambung tugas sehingga selesai. Peserta yang telah selesai tugas, berjalan ramai-ramai ke air terjun Latta Iskandar memandangkan lokasi berdekatan dengan sekolah. Lebih kurang 10 orang peserta, tidak mengikuti peserta lain ke air terjun kerana mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyiapkan mural atas kerelaan mereka. Atas rasa prihatin, separuh peserta yang pulang awal dari air terjun membantu rakan-rakan yang lain menyiapkan mural sehingga selesai. Tugas menyiapkan mural selesai pada pukul 12 tengahari.

Semua peserta berkumpul di kantin sekolah pada pukul 2 untuk majlis penutup. Sebelum pulang wakil sekolah mengucapkan terima kasih kepada peserta dan memberi cenderahati kepada pengiring iaitu Encik Afiq Azri Bin Mohd Ghani. Kemudian pengiring memberikan cenderahati kepada wakil sekolah. Setelah selesai semua peserta dan wakil sekolah menjamu selera sebelum pulang. Bas bertolak pulang pada pukul 3.30 petang dan tiba di Unisel pada pukul 6.00 petang.

Leave a Reply

*

captcha *