19
OCT
2016

Majlis Simbolik Pelepasan Program Pengantarabangsaan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial 2016

Majlis Simbolik Pelepasan Program Pengantarabangsaan FPSS 2016 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Perkembangan Pelajar dan Hubungan Komuniti, Prof. Dr. Shaharuddin bin Badaruddin sendiri pada 18/10/2016 jam 11 pagi. Majlis yang telah dihadiri oleh Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Prof. Dr. Mohd Zaidi bin Hj. Mohd Hajazi dan ahli fakulti yang lain, telah diadakan untuk memberikan satu simbolik permulaan perjalanan program pengantarabangsaan FPSS kali ini.

Program ini telah meraikan 6 lawatan pengantarabangsaan yang akan dijalankan bermula 20/10/2016 hingga 30/10/2016, yang memfokuskan kepada lawatan di sekitar Indonesia, termasuk program tanggungjawab sosial korporat bagi mangsa banjir di daerah Garut, Indonesia. Pihak fakulti mengucapkan selamat berjaya dan semoga kesemua delegasi lawatan dapat mengharumkan nama fakulti di peringkat antarabangsa!

 

Leave a Reply

*

captcha *