• Overview

    Program Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) menerapkan ilmu asas dalam pendidikan awal kanak-kanak seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun. Program ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, membina sikap yang profesional, etika yang mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan. Akhir sekali, program ini juga dapat memotivasikan bakal graduan untuk terus meningkatkan kualiti ilmu pendidikan khususnya pendidikan seawal usia menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat.

  • Outcomes

    Bakal graduan akan dibekalkan dengan ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi teori, prinsip, matlamat dan objektif pendidikan awal kanak-kanak. Dengan ilmu tersebut, bakal graduan dapat mengaplikasikannya dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan yang mampu melahirkan modal insan berkualiti.

  • Program Description

    Bakal graduan akan menjalani sesi pengajian secara sepenuh masa selama tiga tahun setengah yang merangkumi kuliah, kerja kursus, projek berkumpulan dan peperiksaan di samping aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan semasa. Bagi tujuan pembangunan profesional, bakal graduan juga akan menjalani latihan praktikum di Taska dan Tadika untuk memberi pendedahan secara langsung dunia pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar. Bakal graduan juga perlu menyiapkan projek akhir tahun (kertas projek) sebagai memenuhi syarat kepujian dalam program pendidikan awal kanak-kanak yang ditawarkan.

  • Program Content

    WAJIB UNIVERSITI

    MPU 3113 Hubungan Etnik
    MPU 3123 TITAS
    MPU 3212 Bahasa Kebangsaan A
    MPU 3222 Social Work Skills
    MPU 3232 Kemahiran Al-Quran
    MPU 3312 Dakwah Islam Di Malaysia
    MPU 3322 Malaysian Legal System
    MPU 3412 Sport
    MPU 3422 Event Management
    MPU 3432 Uniform Force
    MPU 3442 Martial Art
    MPU 2452 Community Service

    WAJIB FAKULTI

    ZES 1233 Technical English 1
    ZES 1243 Technical English 2
    ZLU 1212 Japanese
    ZLU 1222 Mandarin
    ZLU 1232 Arabic

    ASAS PENDIDIKAN/UMUM

    ECS 1123 Falsafah Pendidikan
    ECS 1143 Sosiologi Pendidikan
    ECS 1253 Psikologi Pendidikan
    ECS 2123 Bimbingan dan Kaunseling
    ECS 1113 Sejarah Pendidikan
    ECS 2163 Pendidikan Global dan Antarabangsa
    ECS 2133 Pemikiran Kritis dan Kreatif

    TERAS MAJOR (PENGKHUSUSAN)

    ECS 1223 Perkembangan Kanak-Kanak
    ECS 1233 Kesihatan, Keselamatan dan Nutrisi Kanak-Kanak
    ECS 1243 Literasi Awal Kanak-Kanak
    ECS 2113 Sastera Kanak-Kanak
    ECS 2143 English for ECE
    ECS 2153 Matematik Awal Kanak-Kanak
    ECS 2223 Sains Awal Kanak-Kanak
    ECS 2233 Pendidikan Islam dan Moral Untuk Kanak-Kanak
    ECS 2243 Seni dan Kraf Untuk Kanak-Kanak
    ECS 2253 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PAKK
    ECS 3253 Pedagogi PAKK
    ECS 3133 Pemerhatian dan Penilaian Kanak-Kanak
    ECS 3213 Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
    ECS 3223 Perancangan, Penubuhan dan Pengurusan Pusat PAKK
    ECS 3234 Kertas Projek
    ECS 1113 Perkembangan Kurikulum PAKK
    ECS 2263 Bimbingan dan Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak
    ECS 3143 Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
    ECS 3123 Persekitaran Pembelajaran Kanak-Kanak
    ECS 3153 Pengajian Sosial Kanak-Kanak
    ECS 3243 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam PAKK
    ECS 3163 Kaedah Penyelidikan

    AMALAN PROFESIONAL

    ECS 3113 Profesionalisme dalam PAKK
    ECS 3224 Praktikum 1 (Taska)
    ECS 4114 Praktikum 2 (Tadika/Prasekolah)

    ** ELEKTIF [Pelajar wajib pilih dua (2) kursus sahaja]

    ECS 1153 Fiqh Al-Islam
    ECS 1163 Penerbitan Bahan Kreatif
    ECS 1213 Pembinaan Web Interaktif
    ECS 1263 Bahasa Mandarin Untuk Awal Kanak-Kanak
    ECS 2213 Muzik dan Pergerakan Kreatif
    ECS 3223 Pengurusan Pusat Sumber

  • Entry Requirement

    i.      Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana dua mata pelajaran atau yang setaraf dengannya;

    ATAU

    ii.     Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred Jayyid ;

    ATAU

    iii.    Lulus Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya;

    ATAU

    iv.   Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak atau yang setaraf dengannya;

    ATAU

    v.    Diploma atau yang setaraf dengannya.

     

  • Fees

    RM 24,000
    (Tidak termasuk yuran hostel)

  • Career Prospect

    i. Pensyarah

    ii. Pengasuh Taska

    iii. Guru Tadika/Prasekolah

    iv. Pengusaha Taska/Tadika

    v. Pakar Psikologi Kanak-Kanak

    vi. Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    vii. Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    viii. Perunding Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    ix. Lain-lain (penulis buku, pereka bahan pembelajaran, panel penggubal kurikulum, pengamal perundangan kanak-kanak dan petugas sosial di institusi/pertubuhan/agensi yang berkaitan dengan kanak-kanak.

  • Head of Programme

    MUHAMMAD SAFAR BIN ABDURAHMAN

    Ketua Program
    Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    m.safar07@unisel.edu.my
    019-5451002

     

  • MQA Certificate of Accreditation

    mqa degree pakk

  • Digital Brochure

    pakk luar small

    pakk dalam small