Alumni

waqi

Mohd Waqiyuddin bin Abdullah
Bachelor of Industrial Psychology (hons)
Anugerah Pengerusi, Konvokesyen ke-9 2014 UNISEL

K

ita hidup dengan apa yang kita dapat, kita menghidupkan dengan apa yang kita beri.

Dilahirkan di Rantau Panjang Kelantan, Waqiyuddin merupakan anak kelima kepada pasangan guru, En. Abdullah Yaacob dan Pn. Naimah Othman, daripada sembilan beradik. Beliau yang pernah melanjutkan pengajian di King’s College London di bawah biasiswa penuh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bidang farmasi, akhirnya mengambil keputusan pulang ke Malaysia untuk mengejar impian menjadi seorang pakar psikologi. Sepanjang pengajian di sana, beliau menganggotai Grup Karyawan Luar Negara dan turut menyumbang beberapa buah karya untuk terbitan antologi puisi.

Memilih UNISEL sebagai titik mula, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Setiausaha Kelab Psikologi seawal semester pertama, sebelum turut dilantik sebagai ahli Majlis Perwakilan Nuqaba. Menjadikan aktiviti berunsur kerohanian dan kebajikan sebagai teras sumbangan kepada masyarakat, beliau pernah bertindak sebagai fasilitator program SPIES selain menjadi salah seorang perencana dan pelaksana program bimbingan pelajar dari latar keluarga susah hasil kerjasama dengan Kelab Wawasan Warisan Wanita Kuala Lumpur selama tempoh dua bulan.

Minatnya yang mendalam dalam bidang psikologi mendorong beliau untuk terlibat dalam pelbagai program psikologi di luar universiti termasuk program persediaan peserta rancangan On Air terbitan ASTRO, selain bertanggungjawab membantu latihan psikologi bersama jurutera Tenaga Nasional Berhad dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kendalian seorang pakar psikologi yang juga merupakan pensyarah UNISEL, Prof. Dato Dr. Mat Saat Baki. Beliau juga merupakan ahli aktif Pertubuhan IKRAM Malaysia yang memfokuskan pembinaan modal insan yang holistik.

Atas dorongan berterusan daripada keluarga dan pensyarah, Waqiyuddin telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam tempoh tujuh semester berbanding tempoh sebenar sembilan semester tanpa sebarang perpindahan kredit. Beliau juga mendapat anugerah dekan dari semester kedua hingga semester terakhir pengajian dengan PNGK 3.92. Berjaya memperoleh tawaran pinjaman penuh di bawah skim Pascasiswazah MARA baru-baru ini, beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD di United Kingdom dalam masa terdekat.

Terima kasih
Waqiyuddin

Student's Voice!

  • testi3
    Bachelor of Industrial Psychology (Hons.)

    Nurul Ayuni bt. Abdul Razad

    The lecturers are very professional and gives me the intended knowledge.

    testi2
    Bachelor of Industrial Psychology (Hons.)

    Eka Iman Sri Wahyu

    Disini, pandangan saya tentang sains kemasyarakatan berubah, dan pendedahan tentang kesedaraan itu bermula disini.

    testi4
    Bachelor of Industrial Psychology (Hons.)

    Mohamad Basyir bin Ghazali

    Fakulti ini mempunyai pensyarah yang kaya dengan pengalaman dan supportif.

    testi
    Diploma Pendidikan Pengajian Prasekolah

    Muhamed Farhan bin Hishamuddin

    Dari sini lahirnya pemimpin-pemimpin yang berkaliber.

    hiriri
    Diploma Pendidikan Pengajian Prasekolah

    Nur Atikah binti Hairiri

    Alhamdulillah, di fakulti ini saya dapat menuntut ilmu dan menimba pengalaman sebagai seorang mahasiswa.