06
FEB
2017

Taklimat Persediaan Pelajar Praktikum Jan 2017

Unit Praktikum FPSS telah menganjurkan satu taklimat persediaan akhir kepada pelajar praktikum daripada program Diploma TESL, Pengajian Islam, Prasekolah dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak – Kanak yang mana ia merangkumi pelbagai aspek persediaan bagi membantu pelajar sepanjang sesi praktikal selama 8 hingga 12 minggu itu. Taklimat ini telah diadakan pada 1 dan 2 Februari yang lepas. Antaranya slot yang diadakan adalah taklimat garis panduan praktikum dan taklimat bersama guru pembimbing, persediaan komunikasi interpersonal, sesi soal jawab dan juga taklimat semakan dokumen standard.

Taklimat ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti sendiri iaitu Prof Dr. Mohd Zaidi bin Haji Mohd Hajazi. Diharapkan taklimat ini akan sentiasa dapat mempersediakan pelajar dengan ilmu yang perlu dan membantu melancarkan lagi pengalaman praktikal masing – masing.

Leave a Reply

*

captcha *