31
MAR
2017

Seminar Guru Kreatif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tajuk Seminar : Seminar Guru Kreatif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tempat: LT Fasbio, Unisel Kampus Bestari Jaya. Bestari Jaya.

Tarikh: 11hb Mac 2017 (sabtu)

Anjuran : Mahasiswa Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dalam Program Ijazah Sarjana Muda (K) Pendidikan Awal Kanak-kanak (ISMPAKK)

Penasihat Program : Puan Nurul Ain Binti Ismail selaku pensyarah pendidikan awal kanak-kanak. (013 2839954)

Sinopsis

Seminar Guru Kreatif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini di harapkan dapat menjadi tapak permulaan kepada mahasiswa yang mengikut program konteks pendidikan dan seterusnya mewujudkan perkembangan mentaliti mahasiswa berdasarkan kepada kehendak Universiti:-

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti membentuk kreativiti seorang guru dalam bidang awal kanak-kanak.
  • Memberi pendedahan kepadapelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
  • Melahirkan pelajar yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang, sekaligus menjadi modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.(JERIS)

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjayakan Seminar perkembangan kurikulum awal kanak-kanak ini, sebagai salah satu landasan permulaan dengan mendidik jiwa Mahasiswa Universiti  Selangor ke arah kecemerlangan akademik.

Objektif

Objektif Seminar Guru Kreatif  Dalam Pendidikan Awal Kanak-anak  ialah :

3.1        Mengendalikan seminar dalam konteks pendidikan.

3.2        Melahirkan guru awal kanak-kanak yang berketrampilan kreatif

3.3        Memberi peluang mahasiswa menguruskan semua program supaya lebih bersedia di sektor pekerjaan pada masa hadapan.

3.4        Melatih mahasiswa menjadi pemimpin dalam sesuatu organisasi.

Kesimpulan

Kerjasama daripada semua pihak dan ahli jawatankuasa yang terlibat telah melaksanakan seminar ini dengan sempurna dan berjalan mengikut perancangan yang telah diaturkan. Seminar konteks pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat pujian daripada penceramah jemputan bahawa pelajar-pelajar Unisel yang menjadi peserta sangat komited dan luar biasa.

Sehubungan itu, pada program-program yang akan datang, penasihat berhajat mengadakan seminar sebegini dalam konteks yang lebih besar dengan jaringan pihak-pihak luar seperti guru-guru prasekolah serta guru-guru tabika dan guru-guru tadika swasta setempat dalam penyertaan. Segala kerjasama serta bantuan yang disumbangkan baik secara langsung mahupun tidak langsung, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Image00001

Image00003

Image00002

Image00001

WhatsApp Image 2017-03-11 at 3.12.16 PM

 

Leave a Reply

*

captcha *