Youth Can Du’it Bazar

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera kepada mahasiswa/i budiman.

Pada tanggal 14 Februari 2020, telah diadakan program Youth Can Du’It Bazaar Kohort 43 bertemakan “Membina jati keusahawanan” bertempat di Dataran Dewan Naib Canselor, UNISEL. Program tersebut telah berlansung dari seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti (HEP). Turut serta hadir pada perasmian program tersebut adalah dif-dif kehormat yang terdiri daripada pengurusan tertinggi Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial serta wakil dari Unit Keusahawanan UNISEL.

Berikut merupakan sedikit sorotan perjalanan Program Youth Can Du’It Bazaar Kohort 43 anjuran Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial dengan kerjasama HEP, Unit Keusahawanan dan Kelab Ikatan Mahasiswa Prasekolah (IMPra).

Program ini bertujuan untuk memberi pelajar peluang menguruskan dan mengendalikan perniagaan mereka sendiri sedari awal proses sehingga ke pengguna akhir. Selain itu juga, melalui program yang dilaksanakan, pelajar juga akan dapat meningkatkan intelektual dalam aspek pengurusan perniagaan serta mendorong daya kepimpinan mereka dalam mengendalikan kerja berpasukan.

Akhir kata, sekalung tahniah & syabas buat anda semua. Kami berharap agar, program yang dijalankan mampu menjadi penanda aras untuk anda jika ingin menjadi seorang usahawan yang berwibawa kelak. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.