• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 5522 3552 / 3422
  • afiqazri@unisel.edu.my

Overview

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep) (Pengajian Islam)

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajian Islam) ini dibangunkan bagi menyediakan pendidikan berkualiti dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam sejajar dengan falsafah pendidikan Islam dan negara. Selain itu, ia bertujuan melahirkan generasi pendidik yang berpengetahuan luas dan mampu menyumbang idea, tenaga dan kepakaran kepada masyarakat selepas bergraduat dalam pelbagai sektor pekerjaan.

  • INSERT OUTCOME HERE

PROGRAMME DESCRIPTION EXPLANATION

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus penuh dalam dua (2) matapelajaran dengan mendapat PNGK minimum 2.00; ATAU

ii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelulusan minima Jayyid; ATAU

iii. Lulus program Diploma Pengajian Islam (tahap 4, KKM) dari mana-mana Pusat Pengajian Tinggi (PPT) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU

iv. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diperakui oleh Senat Universiti

RM28,990

*Tidak termasuk yuran hostel

Graduan lepasan program Sarjana Muda Pendidikan (kepujian) Pengajian Islam berpeluang menceburi kerjaya keguruan di mana-mana institusi pendidikan sama ada kerajaan atau swasta. Graduan juga boleh menceburi bidang kerjaya seperti pegawai tadbir agama di institusi agama negeri, pegawai eksekutif, pegawai pengurusan pendidikan, konsultan pendidikan atau usahawan pendidikan. Selain itu, skop kerjaya graduan juga boleh diperluaskan dengan menceburi bidang perkhidmatan dalam aspek pematuhan syariah di mana-mana syarikat dan bertanggungjawab sebagai pegawai pematuhan syariah (yang memantau aspek halal, bersih dan memastikan perjalanan produk dan urus tadbir syarikat atau pengusahaan agar tidak menyimpang daripada hukum syarak).

Ustazah Hafizah binti Kusnek @ Khusni

Ketua Program

  • 019-6111250
  • hafizah@unisel.edu.my
  • Need More Information?

    Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

    Contact Us