• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 5522 3552 / 3422
  • afiqazri@unisel.edu.my

Overview

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep) (Pendidikan Awal Kanak - Kanak)

Program Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) menerapkan ilmu asas dalam pendidikan awal kanak-kanak seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun. Program ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, membina sikap yang profesional, etika yang mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan. Akhir sekali, program ini juga dapat memotivasikan bakal graduan untuk terus meningkatkan kualiti ilmu pendidikan khususnya pendidikan seawal usia menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat.

  • Bakal graduan akan dibekalkan dengan ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi teori, prinsip, matlamat dan objektif pendidikan awal kanak-kanak. Dengan ilmu tersebut, bakal graduan dapat mengaplikasikannya dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan yang mampu melahirkan modal insan berkualiti.

Bakal graduan akan menjalani sesi pengajian secara sepenuh masa selama tiga tahun setengah yang merangkumi kuliah, kerja kursus, projek berkumpulan dan peperiksaan di samping aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan semasa. Bagi tujuan pembangunan profesional, bakal graduan juga akan menjalani latihan praktikum di Taska dan Tadika untuk memberi pendedahan secara langsung dunia pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar. Bakal graduan juga perlu menyiapkan projek akhir tahun (kertas projek) sebagai memenuhi syarat kepujian dalam program pendidikan awal kanak-kanak yang ditawarkan.

i. Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana dua mata pelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU

ii. Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred Jayyid; ATAU

iii. Lulus Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya; ATAU

iv. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak atau yang setaraf dengannya; ATAU

v. Diploma atau yang setaraf dengannya.

RM24,000

*Tidak termasuk yuran hostel

  • Pensyarah
  • Pengasuh Taska
  • Guru Tadika/Prasekolah
  • Pengusaha Taska/Tadika
  • Pakar Psikologi Kanak-Kanak
  • Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Perunding Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Penulis buku
  • Pereka bahan pembelajaran
  • Panel penggubal kurikulum
  • Pengamal perundangan kanak-kanak
  • Petugas sosial di institusi/pertubuhan/agensi yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Puan Nurfarhana binti Abd Wahid

Ketua Program

  • 013-2477937
  • nurfarhana@unisel.edu.my
  • Cik Saturia binti Amiruddin

    Koordinator Program

  • 014-5550048
  • msriya@unisel.edu.my
  • Need More Information?

    Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

    Contact Us